Ikuti Kami:

Seulgi RED VELVET Tak Henti Diganggu Peminat Obses, Peminat Gesa Syarikat Ambil Tindakan

Seulgi RED VELVET Tak Henti Diganggu Peminat Obses, Peminat Gesa Syarikat Ambil Tindakan

Sebelum ia menjadi semakin teruk, sebaiknya pihak yang berwajib ambil tindakan tegas.

Gangguan daripada sasaeng (peminat obses) adalah perkara yang membahayakan kepada idola dan juga selebriti Korea. Baru-baru ini, Seul-gi RED VELVET pula menjadi mangsa intipan sasaeng.

Menurut laporan, ‘peminat’ itu telah meninggalkan mesej ugutan di Instagram Seul-gi dan mengatakan bahawa dia mengetahui waktu yang tepat selebriti itu berada di rumah.

seulgi diugut sasaeng

Seul-gi, awak masih terjaga? Saya nampak lampu awak masih menyala, awak buat apa? Jangan tidur terlalu lewat. Sebaiknya tidak DM BamBam lagi. Ini amat tertekan dan membimbangkan. Jangan balas dia pada lewat malam atau sebelum tidur. Tidur dengan nyenyak. Jangan DM dia dan NCT lagi. Jangan bercinta dengan sesiapa dahulu. Saya masih di bawah rumah awak. Saya akan pergi tidak lama lagi, ia terlalu sejuk. Awak milik saya. Saya sayang awak.

Sasaeng itu terus meninggalkan banyak komen dalam nada yang sama serta dia sering menunjukkan dengan siapa Seul-gi bergaul atau apa yang dia lakukan pada hari itu.

Akhirnya, peminat yang prihatin melaporkan perkara itu kepada SM Entertainment, menggesa mereka untuk mengambil tindakan.

Melampau betul..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...