Ikuti Kami:

“Tolonglah..” – Dikata Kurang Ajar? Minhyuk BTOB Dikritik Dek Suruh Peminat Naikkan Kadar Kelahiran

“Tolonglah..” – Dikata Kurang Ajar? Minhyuk BTOB Dikritik Dek Suruh Peminat Naikkan Kadar Kelahiran

Mesej terkini Min-hyuk bersama peminat telah menjadi perhatian ramai netizen yang rata-ratanya mengkritik penyanyi tersebut.

Pada 9 Mac, Min-hyuk BTOB telah meninggalkan mesej buat peminat, menceritakan kisah di mana dia pergi ke perkahwinan rakannya.

Katanya,

Sekarang ni ramai betul yang berkahwin kan? Awak semua pun pergi ke majlis perkahwinan juga ke? Buat rakan-rakan yang dah berkahwin tu, tolong la naikkan kadar kelahiran negara ni.

Tambahnya,

6 daripada 8 rakan saya dah berkahwin, dan terdapat segelintir mereka sudah mempunyai 3 orang anak. Mereka dah berjasa dengan negara ni kan?

minhyuk-btob (1)

Selepas perbualan itu tular, rata-rata netizen telah mengkritik serta meluahkan ketidakselesaan mereka mengenai ahli BTOB tersebut.

Terutamanya kerana negara Korea memang dikenali sebagai salah satu negara yang mempunyai kadar kelahiran terendah. Perkara ini sekaligus telah membuatkan Min-hyuk menulis permohonan maaf kepada peminat di atas ketelanjuran katanya.

Antara komen netizen dah peminat ialah,

Dia dah kurang ajar terhadap peminat.

 

Saya tak pernah jumpa penyanyi idola yang risau akan kadar kelahiran negara.

 

Kenapa nak kena ajar peminat perkara seperti ini?

 

Ini hanya perbualan biasa, kenapa awak semua nak kritik dia?

 

Dia hanya cerita tentang rakan-rakan dia sahaja, tolong jangan ambil serius.

Apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...