“Tolonglah..”- Dikata Bercinta Dengan Ryu Junyeol, Hantaran Terkini Han Sohee Di Instagram Raih Perhatian Ramai
- oleh najmina
- 2 tahuns lalu
Peminat telah meluahkan perasaan mereka mengenai berita hubungan percintaan di antara Han So-hee dan Ryu Jun-yeol di hantaran terkini media sosial pelakon tersebut.
Pada 15 Mac, Han So-hee telah membuat hantaran pertamanya di Instagram selepas berita mengenai hubungan percintaannya bersama dengan pelakon Ryu Jun-yeol tular.
Dalam hantaran tersebut, Han So-hee telah menghantar beberapa keping gambar dirinya di Hawaii. Malah, gambar ini juga jelas kelihatan seperti ditangkap oleh seseorang.
Hantaran itu turut meraih perhatian ramai dan ianya dipenuhi dengan komen-komen dari peminat serta netizen yang tidak berpuas hati mengenai berita yang tular.
Antara komen netizen,
Tak ada lelaki lain ke?
Tolong la jangan dengan Ryu Jun-yeol.
Saya rasa macam disambar petir lepas baca berita tu.
Siapa yang tangkapkan gambar ni?
Tolong la cakap yang ianya tak betul.
Kenapa Ryu Jun-yeol?
Sementara itu, selepas berita mengenai pasangan ini tular, agensi kedua-dua pelakon tersebut telah mengeluarkan kenyataan yang menyatakan bahawa Han So-hee pergi ke Hawaii untuk bercuti bersama teman rapatnya. Manakala Ryu Jun-yeol pula di atas faktor kerja.
Kawan Han So-hee la tu yang tangkapkan gambar dia!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




