Ikuti Kami:

Didakwa Sedang Bercuti Sebagai Pasangan Kekasih Di Hawaii, Agensi Han Sohee & Ryu Junyeol Dedah Perkara Sebenar

Didakwa Sedang Bercuti Sebagai Pasangan Kekasih Di Hawaii, Agensi Han Sohee & Ryu Junyeol Dedah Perkara Sebenar

Pagi ini, dunia hiburan telah dikejutkan dengan khabar angin percintaan antara Han So-hee dan Ryu Jun-yeol.

Menurut laporan, Ryu Jun-yeol dan Han So-hee dikatakan sedang menjalinkan hubungan percintaan kini dan mereka juga dilihat sedang melancong bersama di Hawaii.

Meskipun tiada gambar yang dimuat naik, peminat yang membuat dakwaan itu mendedahkan bahawa kedua pelakon tersebut tidak segan untuk bermesra bersama di khayalak umum.

Setelah pelbagai spekulasi dibuat, agensi Han So-hee akhirnya tampil memberi respon dan menjelaskan,

Mereka tidak bercinta. Han So-hee pergi bercuti ke Hawaii bersama kawan rapat. Oleh kerana ia adalah kehidupan peribadinya, kami meminta pemahaman anda.

han sohee ryu junyeol

Begitu juga dengan agensi Ryu Jun-yeol,

Memang benar bahawa Ryu Jun-yeol berada di Hawaii untuk penggambaran. Kami meminta anda menghormati percutian peribadi pelakon itu. Pada masa hadapan juga, kami tidak akan bertindak balas terhadap setiap penampilan pelakon dalam kehidupan peribadinya. Kami meminta pemahaman anda.

Ohh begituuu.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...