Ikuti Kami:

“Beraksi Mesra..” – Bersama Di Hawaii, Han Sohee & Ryu Junyeol Diteka Sedang Bercinta?

“Beraksi Mesra..” – Bersama Di Hawaii, Han Sohee & Ryu Junyeol Diteka Sedang Bercinta?

Pelakon terkenal Han So-hee (30) dan Ryu Jun-yeol (37) mengejutkan ramai dengan khabar angin hubungan mereka.

Tersebar di serata laman komuniti di Korea pada malam kelmarin mengenai berita percintaan yang sedang hangat terjalin antara kedua-dua pelakon itu. Katanya, mereka kini sedang melancong bersama di Hawaii, dan menikmati temu jani terbuka tanpa sebarang mata yang mencurigai.

Seorang peminat yang melihat temu janji mereka menulis,

Pelakon terkenal Korea berkumpul di tepi kolam hotel.

Hotel yang dimaksudkan adalah hotel rangkaian mewah yang berharga lebih dari 800,000 won (RM2,835) setiap malam. Pasangan ini juga dikhabarkan tidak segan untuk beraksi mesra di ruang terbuka seperti kolam renang, dan dilihat oleh pelancong di sekitar mereka.

ryu junyeol han sohee

Komen orang ramai mengenai berita itu,

Mungkin mereka hanya sedang membuat penggambaran sesuatu?

 

Tidak… tolong beritahu saya ini tidak benar.

 

Apa ini?

 

Tiada gambar di sini jadi di mana buktinya?

 

Tidak tidak tidak tidak tidak tidak tidak tidak.

 

Kelihatan seperti Ryu Jun-yeol mempunyai daya tarikan.

 

Saya harap ini tidak benar. Ini bukanlah yang sepatutnya.

Apa pun, tiada kesahihan lagi mengenai berita yang sedang hangat diperkatakan di serata Korea kini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...