Ikuti Kami:

“Beauty & Beast” – Bakal Terajui Drama ‘Delusion’, Visual Ryu Junyeol Dikritik Tak Setaraf Han Sohee?

“Beauty & Beast” – Bakal Terajui Drama ‘Delusion’, Visual Ryu Junyeol Dikritik Tak Setaraf Han Sohee?

Rasanya ramai yang teruja dengan berita gandingan antara Ryu Jun-yeol dan Han So-hee kan?

Untuk pengetahuan, “Delusion” adalah drama berlatarkan era penjajahan Jepun pada tahun 1935, menggambarkan kisah seorang pelukis dan seorang wanita yang menarik. Meskipun masih belum dipastikan sama ada mereka akan menerima tawaran itu, namun sudah ada kata-kata buruk dilemparkan mengenainya.

Selepas berita itu diumumkan, ada segelintir peminat K-Drama meluahkan rasa tidak puas hati tapi sebab apa? Sedikit menyesalkan kerana mereka mengkritik padanan visual yang dikatakan tak serasi antara mereka berdua. Kata mereka, seperti ‘beauty and the beast’.

ryu junyeol han sohee

Pun begitu, ramai yang menyelar kenyataan itu kerana peminat K-Drama sepertinya lebih mementingkan rupa berbanding bakat lakonan. Sebab itu, ada pelakon Korea yang popular sebenarnya hanya bersandar pada wajah namun berlakon ‘kayu’.

Komen mereka di Twitter,

Gila ke kata Ryu Jun-yeol tak elok?

 

Padahal Ryu Jun-yeol berkarisma sangat.

 

Lebih baik tengok orang yang pandai berlakon dari orang yang elok tapi tak boleh berlakon.

 

Tak pernah tengok Ryu Jun-yeol berlakon ke?

 

Nak marah lah!

 

Memang orang yang cantik dan handsome je ke layak dapat semua benda dalam dunia ni?

Hmmm… jahat mulut..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...