Ikuti Kami:

Kisah Pelukis & Wanita, Han Sohee & Ryu Junyeol Dilapor Bakal Terajui Drama Adaptasi Webtoon ‘Delusion’

Kisah Pelukis & Wanita, Han Sohee & Ryu Junyeol Dilapor Bakal Terajui Drama Adaptasi Webtoon ‘Delusion’

Selepas “Gyeongseong Creature”, Han So-hee nampaknya telah menerima tawaran untuk terajui dramanya yang seterusnya.

Terbaru pada 6 Mac, Han So-hee dilapor telah dilamar untuk terajui drama adaptasi webtoon dengan nama yang sama iaitu “Delusion”.

Untuk pengetahuan, “Delusion” adalah drama berlatarkan era penjajahan Jepun pada tahun 1935, menggambarkan kisah seorang pelukis dan seorang wanita yang menarik.

han sohee ryu junyeol

Pada masa yang sama, Ryu Jun-yeol juga menerima tawaran untuk terajui drama yang sama dan dijangka akan membawa watak sebagai seorang pelukis.

Namun setakat ini, kedua-dua agensi bagi pelakon tersebut masih belum memberi apa-apa respon lagi.

Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai “Delusion”!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...