Ikuti Kami:

“Tolong Tukar..” – Tampil Dengan Fesyen ‘Tanpa Bra’, Penampilan Hwasa Di Acara Anugerah Dikritik

“Tolong Tukar..” – Tampil Dengan Fesyen ‘Tanpa Bra’, Penampilan Hwasa Di Acara Anugerah Dikritik

Hwasa MAMAMOO dengan yakin telah menggayakan trend ‘tanpa bra’ di majlis anugerah, tetapi tidak semua orang menyukai penampilannya.

Terlebih dahulu sejak penampilan sulungnya, Hwasa sering menunjukkan keyakinan dirinya yang tinggi dengan menggayakan pakaian yang menunjukkan bentuk tubuh.

Malah, disebabkan ini juga ramai yang menjadikan ahli MAMAMOO itu sebagai idola mereka.

Namun pada 10 Januari, Hwasa telah muncul di acara anugerah dengan memakai pakaian yang memeluk tubuh, mendedahkan belakang badannya.

hwasa red carpet

Walaupun dipuji peminat, masih terdapat segelintir yang tidak menyukai gaya tersebut dan mengecam penata rias yang menggayakan ahli MAMAMOO itu.

Rata-rata peminat mengatakan bahawa penata rias penyanyi tersebut seakan seperti tidak melakukan kerjayanya dengan baik dan sering memberi Hwasa pakaian dengan gaya yang sama.

Meskipun Hwasa sentiasa kelihatan menakjubkan dalam pelbagai jenis gaya pakaian, peminat mahu melihat lebih banyak lagi usaha agar gaya ahli MAMAMOO itu boleh bersinar seperti visualnya.

Korang rasa macam mana?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...