Ikuti Kami:

“Tidak Senonoh” – Hwasa MAMAMOO Bebas Dari Dakwaan Persembahan Berbaur Lucah

“Tidak Senonoh” – Hwasa MAMAMOO Bebas Dari Dakwaan Persembahan Berbaur Lucah

Ada perkembangan terbaru kes kontroversi Hwasa…

Siapa sahaja yang tidak mengenali Hwasa atau nama sebenarnya Ahn Hye-jin, salah seorang ahli kumpulan wanita MAMAMOO dan juga penyanyi solo yang sedang meningkat naik dari hari ke hari. Sebelum ini telah tular kontroversi dimana penyanyi tersebut didapati membuat persembahan berbaur lucah di festival yang dianjurkan disalah satu universiti terkemuka di Korea iaitu Universiti Sungkyunkwan yang terletak di Seoul.

Gabungan Hak Asasi Manusia Ibu Bapa Pelajar ataupun dikenali sebagai ‘Hakyunyeon’ menuduh Hwasa melakukan aksi lucah selepas dia didapati membuat satu gerakan dimana dia menjilat tapak tangannya sebelum meletakkannya di satu bahagian badan. Mereka juga telah bertindak membuat laporan polis dengan perkara itu.

Pihak agensi Hwasa iaitu PNATION telah mengeluarkan kenyataan rasmi pada 10 September yang mengatakan,

Memang Hwasa telah dipanggil dan disiasat oleh pihak polis. Hwasa juga sedia untuk mengambil bahagian dan memberikan kerjasama dalam kes tersebut.

Namun pada 4 Oktober, pihak polis telah mengesahkan bahawa tiada tindakan yang bakal diambil terhadap Hwasa dan dia telah bebas dari sebarang tuduhan selepas pihak polis mendapati bahawa ianya sukar untuk dituduh sebagai sesuatu jenayah selepas mereka menyiasat kembali persembahan tersebut.

Selepas kontroversi itu tular, Hwasa telah menyuarakan perasaannya tentang segala komen negatif yang ditujukan kepadanya di rancangan hiburan TV dan online namun dia enggan mengulas dengan lebih terperinci berkenaan dengan persembahan tersebut.

Kes pun dah selesai, harap Hwasa dah tak sedih-sedih lepas ni…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...