Ikuti Kami:

Dek Persembahan Berbaur Lucah, Persatuan Ibu Bapa Lapor Hwasa MAMAMOO Pada Pihak Polis

Dek Persembahan Berbaur Lucah, Persatuan Ibu Bapa Lapor Hwasa MAMAMOO Pada Pihak Polis

Tak semua yang kita lakukan akan disukai semua, pasti ada yang akan membenci.

Terbaru, Hwasa MAMAMOO terpalit kontroversi dek persembahan seksual dan tak senonoh dan didakwa oleh Solidariti Perlindungan Hak Kemanusiaan Ibu Bapa Pelajar.

Kumpulan berkenaan melaporkan Hwasa pada pihak polis Mei lalu kerana ramai yang merasakan bahawa tingkah lakunya kurang manis ketika festival Universiti Sungkyungkwan untuk penggambaran “Dancing Queens On The Road”. Ketika melakukan persembahan untuk lagu solo “Don’t Give”, idola itu memaparkan pergerakan provokatif yang berbaur seksual.

Adu persatuan mereka,

Kelakuan Hwasa seperti gerak geri seks, dan ia agak memalukan pada umum yang menyaksikan. Ia tak boleh dianggap sebagai kelakuan artistik kerana ia tak sesuai dengan konteks koreografi itu.

hwasa

Respon wakil polis,

Selepas melihat balik, saya merancang untuk memanggil defenden untuk menyiasat jika perlu.

Balas pihak Hwasa pula,

Kami sedang mengesahkan laporan itu.

Nantikan maklumat lanjut berita ini.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...