Baru-baru ini, Shin Hye-sun telah disahkan akan bergandingan dengan Lee Jin-wook dalam drama romantik baru berjudul “To My Haeri”.
Meskipun mempunyai plot yang menarik, ada sesetengah netizen nampaknya tak puas hati kerana Shin Hye-sun digandingkan dengan Lee Jin-wook.
Hal ini kerana, pada 2016 dahulu, Lee Jin-wook pernah didakwa atas tuduhan merogol kawannya. Bagaimanapun, mahkamah terpaksa menggugurkan kes ini kerana mangsa kekurangan bukti.
Another drama with another scandalous actor (both accused of the same type of crime!) I need you to backtrack from this and pick up another script, Hyesun. https://t.co/KcifsXB6dL
— limé 🌼 (@dearpatme) April 29, 2024
Malahan, kes ini juga tidak dibincang ke peringkat seterusnya kerana Lee Jin-wook dipercayai adalah dari keluarga yang terkenal dan dia membalas saman kepada mangsa serta memasukkannya ke penjara kerana memfitnah.
Dengan ini, ramai yang kurang ‘senang’ melihat lelaki itu menerima banyak tawaran lakonan meskipun pernah terlibat dengan kes besar tersebut.