Ikuti Kami:

“Dia Boleh Pulak Muncul Kat TV” – Yoo Ahin Dilayan Teruk Dek Kes Dadah, Netizen Ungkit Kes Lee Jinwook Didakwa Cuba R*gol Kawan

“Dia Boleh Pulak Muncul Kat TV” – Yoo Ahin Dilayan Teruk Dek Kes Dadah, Netizen Ungkit Kes Lee Jinwook Didakwa Cuba R*gol Kawan

Habislah, bila orang ramai mula ungkit balik kes lalu selebriti ni..

Baru-baru ini, pihak Netflix mengumumkan bahawa mereka terpaksa menyunting keluar sepenuhnya babak Yoo Ah-in dalam drama “Goodbye Earth”, susulan penglibatannya dalam kes dadah.

Menerusi laman X, seorang pengguna telah meluahkan rasa tak puas hati terhadap layanan industri kepada Yoo Ah-in dan mengungkit kembali kes Lee Jin-wook pada 2016 dahulu, di mana lelaki itu pernah didakwa atas tuduhan merogol.

Terdahulu, kawan perempuan ‘A’ pernah meminta bantuan Lee Jin-wook untuk memasang bidai di rumahnya. Namun selepas beberapa hari, A membuat laporan kecederaan di badannya, mendakwa bahawa pelakon itu cuba merogolnya.

lee jinwook rape

Bagaimanapun, pihak Lee Jin-wook menjelaskan pada ketika itu,

Lee Jin-wook juga telah diperiksa untuk kecederaan di balai polis. Tiada satu pun yang ditemui di badannya. Jika ada penggunaan kekerasan, A pasti akan menentang tetapi, tidak ada satu pun tanda kuku pada badan Lee Jin-wook.

Ketika A dituduh hanya membuat dakwaan sedemikian untuk mendapatkan duit, pihak Lee Jin-wook menyatakan,

Kami tidak fikir wang adalah apa yang A mahukan. Jika ya, dia akan menghubungi agensi. Lee Jin-wook mempunyai perasaan yang sangat baik tentang A, yang menjadikan situasi ini lebih sukar untuk dipercayai. Kami juga ingin tahu mengapa A berubah fikiran. Mereka berpisah secara baik.

Setelah pelbagai tuduhuan dibuat, mahkamah terpaksa menggugurkan kes ini kerana A kekurangan bukti. Malahan, kes ini juga tidak dibincang ke peringkat seterusnya kerana Lee Jin-wook dipercayai adalah dari keluarga yang terkenal dan dia membalas saman kepada A serta memasukkannya ke penjara kerana memfitnah.

Meskipun pernah terpalit dengan isu besar ini, Lee Jin-wook nampaknya bernasib baik kerana masih boleh muncul di kaca TV bahkan, diterima ramai.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   SNSFeed

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...