Ikuti Kami:

‘Goodbye Earth’ Rilis Trailer Awal, Babak Yoo Ahin Disunting Keluar 100%

‘Goodbye Earth’ Rilis Trailer Awal, Babak Yoo Ahin Disunting Keluar 100%

Akhirnya siri Netflix “Goodbye Earth” telah meriliskan trailer awal drama itu.

Siri ini bakal diterajui Yoo Ah-in, Ahn Eun-jin, Jeon Seong-woo dan Kim Yoon-hye, ialah drama pra-apokaliptik mengikuti empat individu yang menjalani kekacauan akhir, 200 hari sebelum asteroid dijadualkan bakal berlanggar dengan Bumi.

Trailer tersebut mengikuti bukan sahaja guru sekolah menengah yang berkebolehan Se-kyung (Ahn Eun-jin), tetapi juga seorang komander tentera In-ah (Kim Yoon-hye), seorang paderi yang menenangkan penganut agama Sung-jae (Jeon Sung-woo), dan banyak lagi, tetapi sehingga akhirnya, ia tidak menyelitkan langsung babak melibatkan Yoo Ah-in.

Umum mengetahui bahawa pelakon lelaki itu terlibat kes penyalahgunaan dadah pada tahun lalu lantas siaran drama ini sudah pun sekian lama tertangguh. Ramai yang tertanya-tanya bagaimana pihak produksi bakal menyunting “Goodbye Earth” memandangkan isu itu berbangkit selepas mereka menyelesaikan penggambaran.

Dalam pada itu, “Goodbye Earth” akan menemui penonton global bermula 26 April ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Joy News 24

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...