Ikuti Kami:

“Buang Masa Kami..” – Drama Hadapi Risiko Dibatalkan, Pelakon ‘Goodbye Earth’ Kritik Kes Dadah Yoo Ahin

“Buang Masa Kami..” – Drama Hadapi Risiko Dibatalkan, Pelakon ‘Goodbye Earth’ Kritik Kes Dadah Yoo Ahin

Sepertinya kes salah guna dadah Yoo Ah-in turut memberikan tempias pada orang lain.

Terbaru, seorang pelakon yang turut sama berlakon dalam drama Netflix “Goodbye Earth” telah meluahkan rasa kesalnya menerusi Instagram. Luah Kim Young-woong,

Bagaimana saya mahu meluahkannya? Panggilan telefon alu-aluan daripada berita diterima berlakon dan kenangan yang buat hati berbunga ketika penggambaran pertama akan hilang.

kim youngwoong

Tambahnya,

Bukan itu sahaja, ramai staf yang bekerja keras dengan sabar dan berkorban segalanya, pelakon yang bekerjasama untuk memaparkan setiap watak serta pengarah yang paling teruja antara semua. Penulis yang tidak berputus asa meskipun sedang melawan penyakit. Syarikat produksi yang menjaga setiap babak hingga ke akhir. Kalau betul kesalahan dia betul, dia sepatutnya dikritik.

Jelas Kim Young-woong lagi,

Saya tidak mempunyai niat untuk melindunginya. Benar, akan ada harga yang perlu dibayar. Tapi, agak sedih apabila ‘Goodbye Earth’ yang bakal dilahirkan hasil kerja keras dan pengorbanan ramai orang tidak akan dilihat sesiapa.

netflix goodbye earth

Untuk pengetahuan, Yoo Ah-in didakwa menggunakan pelbagai jenis dadah tanpa preskripsi sejak awal 2011. Antara dadah yang didapati dalam ujian pada pelakon itu ialah propofol, ganja, ketamine (pil kuda) dan kokain.

Dalam pada itu, siasatan lanjut masih lagi sedang dijalankan ke atas Yoo Ah-in kini oleh pihak polis.

Kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...