Ikuti Kami:

“Dia Takut Jarum” – Alasan Agensi Yoo Ahin Ambil Dadah Jadi Pertikaian

“Dia Takut Jarum” – Alasan Agensi Yoo Ahin Ambil Dadah Jadi Pertikaian

Rasanya ramai yang masih terperanjat apabila mendengar mengenai kes salah guna dadah yang melibatkan Yoo Ah-in.

Pada awalnya dia didakwa menggunakan propofol berlebihan dan ganja, orang awam dikejutkan pula dengan ujian yang mendedahkan pelakon itu turut disahkan mengambil dadah jenis ketamine (pil kuda) dan kokain.

Terbaru, pihak polis mendedahkan bagaimana Yoo Ah-in boleh mendapatkan dos propofol yang tinggi hingga boleh membahayakan nyawa,

Dia mungkin mendapat dos itu menerusi prosedur rawatan ringkas dengan berlakon sakit berlebihan untuk mendapatkan ubat penenang.

yoo ahin drug

Menurut satu klinik yang dilawati Yoo Ah-in untuk rawatan kulit pada 2021,

Yoo Ah-in ada menerima rawatan dari kami namun, dia meminta untuk diberikan ubat penenang untuk prosedur yang menyakitkan.

Respon agensi lelaki itu mengenai pendedahan berkenaan,

Yoo Ah-in mempunyai masalah kulit. Dia fobia jarum, jadi dia hanya meminta untuk dibius ketika rawatan itu.

yoo ahin cocaine

Rata-rata netizen nyata tidak dapat menerima alasan berkenaan dan menyelar,

Macam mana penagih dadah boleh kata dia takut jarum?

 

Saya faham kalau dia perlukan propofol untuk rawatan kulit tapi apa alasannya untuk penggunaan ketamine dan kokain?

 

Hanya alasan ini yang dapat diciptanya?

 

Habis, dia minum ke propofol tu? Kalau dia takutkan jarum, macam mana dia guna proppfol?

 

Maknanya dia makanlah propofol tu ya bukan suntik..

 

Dia patut diam sahaja daripada memberikan alasan tak munasabah seperti ini.

Macam-macam..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...