Setiap manusia pasti tidak akan dapat lari melakukan kesilapan, kan?
Begitu juga dengan Park Min-young, yang sebelum ini pernah didakwa menerima sejumlah wang yang banyak dari bekas kekasihnya, Kang Jong-hyun.
Namun, agensi wanita itu terus menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan bahawa lelaki itu hanya meminjam akaun bank wanita itu untuk melakukan transaksi.
Terbaru dalam satu temu bual bersama majalah Cosmopolitan, Park Min-young ada berkongsi perkara yang dia belajar menerusi drama “Marry My Husband” dan sepertinya turut muhasabah diri dek terpalit kontroversi lalu. Katanya,
Tolong sayangi saya hingga ke akhirnya.
Jelasnya,
Mesej yang saya ingin sampaikan melalui drama ini ialah satu kesilapan bukanlah penamat. Saya harap saya boleh lebih menjaga dan menyayangi diri saya. Saya belajar banyak melalui drama ini.
Park Min-young sentiasa kuat ya..