Ikuti Kami:

Sebelum Park Minyoung, Idola Wanita Ini Hampir Dipilih Jadi Watak Utama Dalam ‘Marry My Husband’?

Sebelum Park Minyoung, Idola Wanita Ini Hampir Dipilih Jadi Watak Utama Dalam ‘Marry My Husband’?

Kalau bukan Park Min-young, agak-agak siapakah pelakon wanita yang akan terajui drama “Marry My Husband”?

Diadaptasi dari webtoon dengan tajuk yang sama, “Marry My Husband” adalah antara drama yang paling popular kini dek plot menarik dan lakonan mantap dari pelakon utama seperti Park Min-young, yang membawa watak sebagai Kang Ji-won.

Namun apa yang mengejutkan, ada khabar angin menyatakan bahawa sebelum memilih Park Min-young, Minnie dari kumpulan (G)I-DLE hampir membintangi drama tersebut sebagai watak utama.

Khususnya pada 2022, idola itu telah muncul dalam poster dan video untuk mempromosikan webtoon “Marry My Husband” di Thailand, memandangkan Minnie adalah salah seorang artis Korea kelahiran Thailand yang popular di sana.

webtoon marry my husband

Selepas khabar angin itu tersebar, beberapa penonton menyatakan bahawa Minnie kurang sesuai untuk membawa watak Kang Ji-won, kerana imejnya yang lembut untuk seorang wanita yang ingin membalas dendam.

Dengan ini, ramai yang berpuas hati kerana Park Min-young dipilih kerana dia berjaya menghidupkan wataknya dengan sempurna.

Untuk pengetahuan, Minnie juga adalah seorang pelakon dan telah membuat debutnya menerusi siri Netflix “So Not Worth It”.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...