Selepas Jung-kook, RM juga nampaknya selesa untuk mendedahkan status hubungannya kepada peminat.
Terbaru, RM telah melakukan siaran langsung menerusi laman Weverse, untuk berborak bersama peminat.
Khususnya, lelaki itu ada membaca satu komen ditulis peminat yang berbunyi,
Kenalkan teman wanita awak.
Respon RM sambil tersenyum,
Saya benar-benar ingin lakukannya tetapi saya tidak mempunyai teman wanita sekarang.
🐨: “introduce your girlfriend? oh shit i really want to but i have none…right now ㅋㅋ” pic.twitter.com/SqarWo3z7O
— bts memeories⁷ (@btsmemeories) October 10, 2023
Sambungnya lagi dengan bertanya,
Bolehkah awak memperkenalkan satu kepada saya?
Semoga RM dapat jumpa pasangan yang sesuai buatnya!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.