“Saya Nak Kerja Je..” – Bengang Banyak Berita Palsu, Jungkook BTS Akui Tiada Teman Wanita
- oleh Fareen
- 3 tahuns lalu
Nampaknya, Jung-kook sendiri sudah penat dengan pelbagai spekulasi yang dibuat mengenai kehidupan peribadinya.
Baru-baru ini, seorang netizen telah memuat naik satu video dan mendakwa bahawa ia adalah Jung-kook BTS bersama seorang gadis, di apartmennya.
Bagaimanapun pada 2 Oktober, idola itu telah melakukan siaran langsung di Stationhead dan memberi respon mengenai khabar angin berkenaan. Pada awalnya, dia mendedahkan tentang status hubungannya,
Semua orang, saya tidak mempunyai teman wanita. Saya tidak mempunyai teman wanita. Saya tidak berjumpa sesiapa. Saya hanya mahu bekerja, jadi saya rasa tidak perlu. Berhenti bercakap mengenainya! Saya tidak mempunyai teman wanita, jadi diam sahaja!
여자친구 없는게 더 이상한 상황 아니냐 정국아? 자꾸 스스로 무덤을 파고 그래 그냥 가만히 쭈구려 있어 좀 pic.twitter.com/qLlWsBtFZ2
— 의담환승 (@HDrsvmbWyzxCMur) October 2, 2023
Kemudian, ketika membaca cadangan peminat untuk menyaman mereka yang menyebarkan berita palsu, Jung-kook berkata,
Tidak perlu menyaman mereka. Biarkan sahaja. Biarkan, biarkan. Ini hanya memberi perhatian kepada mereka. Jika awak tidak memberi mereka perhatian, mereka tidak akan berbuat demikian.
Bertabahlah Jung-kook!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




