Utama Rancangan Hiburan “Tolong Keluar Dari ‘Running Man'” – Netizen ‘Back-Up’ Jun Somin Dari Komen...

“Tolong Keluar Dari ‘Running Man'” – Netizen ‘Back-Up’ Jun Somin Dari Komen Buruk

jun somin hate

Sudah 5 tahun bersama “Running Man”, sepertinya masih ada yang tidak berpuas hati dengan penyertaan Jun So-min.

Terbaru, pelakon wanita itu telah memuat naik video belakang tabir di mana Haha dilihat menarik kakinya ketika bermain air di dalam episod “Running Man” yang lalu.

Katanya,

Abang baik yang bermain dengan adik perempuannya. Hari ini, kami akan menonton ‘Running Man’ dan ‘Cleaning Up’ dengan baik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 쏘미닝 (@jsomin86)

Haha kemudiannya membalas,

Saya abang yang baik!!! Saya rapat dengan awak.

Walau bagaimanapun, momen gembira itu dirosakkan dengan komen buruk dari peminat luar negara,

Tolong keluar dari ‘Running Man’.

Tidak melatah, Jun So-min menyemat komen tersebut di bahagian atas ruangan komen entri berkenaan.

jun somin running man

Disebabkan itu, ramai peminat yang ‘menyerang’ individu berkenaan dan mengutuk komen tidak baiknya itu. Tak cukup dengan itu, peminat turut membanjiri Jun So-min dengan pujian kerana personalitinya yang membuatkan program itu lebih menarik

Sampai bilalah tak puas hati dengan Jun So-min ni.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERMy Daily
Loading...