Ikuti Kami:

“Sayangnya Dia Dengan Jihyo” – Aksi ‘Sweet’ Jun Somin Buat Song Jihyo Jadi Perhatian

“Sayangnya Dia Dengan Jihyo” – Aksi ‘Sweet’ Jun Somin Buat Song Jihyo Jadi Perhatian

Meskipun jarang dilihat, tapi Jun So-min dan Song Ji-hyo mempunyai hubungan yang istimewa dalam “Running Man”.

Menerusi episod terbaru program SBS itu, kesemua ahli telah bertandang di rumah Kim Jong-kook dan menyelesaikan pelbagai misi.

Bukan sahaja bermain, malah usik-mengusik antara ahli di dalam episod ini nyata membuatkan penonton terhibur. Tak cukup dengan itu, Song Ji-hyo dan Jun So-min menunjukkan keserasian kelakar di antara mereka apabila kononnya ‘cuba’ berebut Kim Jong-kook.

song jihyo jun somin

Walau bagaimanapun, kedua ‘adik-beradik perempuan’ itu nyata tidak mampu menyorokkan rasa kasih sayang antara satu sama lain apabila kerap bersembang bersama walaupun tersorok dari rakaman kamera.

Malah semakin menggembirakan apabila Jun So-min tanpa segan mencium belakang Song Ji-hyo semasa yang lain sedang sibuk bersembang. Melihatkan aksi yang rapat itu, rata-rata penonton meluahkan rasa cemburu dan seronok kerana keserasian mereka.

So-min apabila bersama Ji-hyo, mesti dia berubah manja. Comel! ‘Mongdol sister’ terbaik.

 

Cemburunya dengan So-min.

 

Comel lah mereka.

 

Kenapa tu So-min?

 

Sayangnya dia dengan Ji-hyo.

Alahaiii comel sangat ‘Mongdol’.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...