Ikuti Kami:

“Ada Kala Saya Terbayang Hidup Bersama Jongkook” – Kenyataan Jun Somin Buat Song Jihyo ‘Meletup’

“Ada Kala Saya Terbayang Hidup Bersama Jongkook” – Kenyataan Jun Somin Buat Song Jihyo ‘Meletup’

Sepertinya ada wanita lain yang dalam diam cuba merebut hati Kim Jong-kook!

Dalam episod terbaru “Running Man”, kesemua mereka telah ‘menceroboh’ rumah Kim Jong-kook dan menjalankan pelbagai misi di situ.

Semasa sedang melihat keadaan rumah itu, ujar Ji Suk-jin,

Bukankah seronok untuk tinggal seorang begini?

kim jongkook running man

Balas Kim Jong-kook,

Saya berasa gembira. Tak rasa keseorangan pun.

Usik Yoo Jae-suk,

Disebabkan dia tinggal seorang, dia mungkin membawa dumbbell sekali apabila memasuki alam selepas mati.

Jelas lelaki berbadan sasa itu lagi,

Kalau awak tiada anak seperti saya, awak boleh kembalikan harta ini buat masyarakat nanti. Ianya adalah perkara yang baik.

kim jongkook jun somin

Tambah Jun So-min,

Saya terfikir apa yang Kim Jong-kook belanjakan sejak dia membuat duit. Dia nampak tak kisah langsung untuk menghias rumah. Saya terfikir ke mana duitnya pergi.

Yoo Jae-suk kemudiannya membuka cerita yang mengejutkan,

Saya terdengar yang Jun So-min ada membayangkan bagaimana kombinasinya bersama Kim Jong-kook. Saya ada bersembang dengannya beberapa hari lalu dan dia berkata, ‘Oppa, bukanlah selalu tapi saya kadang kala terfikir bagaimana sekiranga hidup bersama Kim Jong-kook.

Song Ji-hyo yang mempunyai ‘love line’ bersama lelaki itu mencelah,

Jangan cakap benda yang mengarut!

song jihyo kim jongkook

Dalam pada itu, Kim Jong-kook mendedahkan bahawa dia langsung tidak membuka penghawa dingin sejak tahun lalu dan rakaman kali ini merupakan kali pertama dia menggunakan peralatan elektrik tersebut setelah sekian lama sekaligus membuktikan gelarannya sebagai seorang yang jimat berbelanja.

Cinta berapa segi ni?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...