Ikuti Kami:

“Ada Pergi Rumah Dia Ke? – Ahli ‘Running Man’ Sangsi Lihat Hubungan Song Jihyo & Kim Jongkook

“Ada Pergi Rumah Dia Ke? – Ahli ‘Running Man’ Sangsi Lihat Hubungan Song Jihyo & Kim Jongkook

Setiap episod pastinya ada sesi mengusik mengenai hubungan Kim Jong-kook dan Song Ji-hyo.

Terbaru, “Running Man” membawa episod khas di mana setiap ahlinya dibawa berseronok menerusi idea yang dilontarkan penonton dan dipilih dengan menggunakan ‘russian roulette’.

Untuk Jun So-min, dia memilih untuk menziarahi rumah Kim Jong-kook dan lelaki itu bersetuju namun mengatakan,

Tapi ibu saya ada di rumah.

song jihyo kim jongkook

Tolak Yoo Jae-suk,

Tapi saya tak kembali ke rumah Jong-kook kerana ia terlalu kelam. Pertama kali rasa terbeban duduk di rumah.

Namun dengan cadangan ahli lain, mereka turut menambah ‘memasak ramen di rumah Kim Jong-kook’ sebagai salah satu pilihan.

Song Ji-hyo kemudiannya bertanya kepada Jong-kook,

Awak ada ramen ke kat rumah?

Jawab lelaki itu perlahan,

Kenalah beli.

song jihyo kim jongkook

Mendengarkan soalan itu, Yoo Jae-suk meluahkan rasa sangsi,

Huh? ‘Awak ada ramen tak, oppa?’ Awak ada pergi ke rumah dia ke baru-baru ni?

Kim Jong-kook yang gelabah berkata,

Dia hanya bertanya.

Namun Song Ji-hyo membawa ketawa apabila menolak untuk memperbetulkan sangkaan orang lain.

Jelas lelaki berbadan sasa itu,

Dia maksudkan ‘Awak tak makan ramen kan?’ Ini kerana ramai orang menyangka yang saya tak makan ramen. Sebab itu dia bertanya soalan itu.

song jihyo kim jongkook

Kim Jong-kook turut meminta Song Ji-hyo menjelaskan situasi itu namun wanita tersebut dengan nada comel,

Saya tak ada apa yang mahu dijelaskan.

Terus ditolak Kim Jong-kook, dia berkata.

Awak duduk diam.

Dalam babak lain, Yoo Jae-suk mula mengusik dan mengatakan mereka perlu menyuap setiap ahli di sebelah mereka. Song Ji-hyo tanpa berlengah terus menghulurkan biskut di dalam mulutnya buat Kim Jong-kook dan membuatkan ahli lain syok melayan.

song jihyo kim jongkook

Kata Kim Jong-kook terkejut,

Awak rakam program lain ke? Ke awak ada dapat bayaran asing untuk buat ni?

Makin seronok Song Ji-hyo mengusik Kim Jong-kook!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...