Ikuti Kami:

“Tolong Kahwin Cepat” – Kekasih ‘Supportive’, Sooyoung Teman Jung Kyungho Bekerja Di London

“Tolong Kahwin Cepat” – Kekasih ‘Supportive’, Sooyoung Teman Jung Kyungho Bekerja Di London

Umum pasti mengetahui bahawa Jung Kyung-ho dan Soo-young SNSD adalah antara pasangan selebriti yang disayangi di Korea Selatan.

Baru-baru ini, peminat berkongsi foto pasangan itu yang dilihat sedang menikmati waktu lapang mereka dengan bercuti bersama di London.

Sebelum ini, Jung Kyung-ho telah berlepas ke London terlebih dahulu, bagi melakukan penggambaran di negara tersebut. Nampaknya, Soo-young turut pergi ke negara yang sama bagi menemani kekasihnya itu.

Dalam satu foto yang dikongsi, pasangan dua sejoli itu sedang berada di hadapan sebuah restoran di Soho sambil melihat menu makanan.

Kemudian dalam hantaran yang lain, mereka juga dipercayai mempunyai ‘couple shoes’, membuatkan netizen semakin teruja.

Dengan semakin ramai selebriti yang telah menamatkan zaman bujang kini, netizen berharap agar Jung Kyung-ho dan Soo-young juga akan turut berkahwin tak lama lagi.

Sama-sama kita tunggu hari bahagia mereka!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...