Ikuti Kami:

Bersemut! Peminat Perasan Sooyoung Letak Foto Jung Kyungho Di Belakang Telefon Miliknya

Bersemut! Peminat Perasan Sooyoung Letak Foto Jung Kyungho Di Belakang Telefon Miliknya

Mesti ramai kan yang turut gembira melihat pasangan bahagia Jung Kyung-ho dan Choi Soo-young?

Pada beberapa minggu lalu, pasangan sejoli itu telah menjadi bualan ramai apabila mereka dilihat pergi menonton konsert Bruno Mars di Korea bersama-sama.

Terbaru, Soo-young telah memuat naik beberapa foto di laman Instagram miliknya, termasuklah gambar dirinya yang diambil di hadapan cermin.

Menarik perhatian, mata netizen yang ‘tajam’ perasan bahawa ahli Girls’ Generation itu telah meletakkan gambar teman lelakinya Jung Kyung-ho, di belakang telefon bimbitnya.

Meskipun foto tersebut tidak jelas kelihatan namun, wajah pelakon “Crash Course in Romance” itu memang mudah dikenali oleh peminat.

Bersemut lah dorang ni!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...