Ikuti Kami:

“Saya Akan Melamar Sooyoung Kalau Menang Anugerah Pelakon Terbaik..” – Jung Kyungho

“Saya Akan Melamar Sooyoung Kalau Menang Anugerah Pelakon Terbaik..” – Jung Kyungho

Sudah 10 tahun bercinta, sudah semestinya ramai yang ternanti-nanti pengumuman bahagia untuk pasangan Choi Soo-young dan Jung Kyung-ho kan?

Dalam satu temubual istimewa untuk drama “Crash Course In Romance”, lelaki itu telah berkongsi lebih mengenai pelan perkahwinan bersama ahli Girls’ Generation itu,

Saya tak mempunyai perancangan perkahwinan lagi. Saya cakap saya akan melamar kalau menang anugerah ‘Pelakon Lelaki Terbaik’ tapi bila difikirkan, saya mungkin tak dapat melakukan hal itu seumur hidup ini. Jadi, saya dah ubah rancangan.

jung kyungho choi sooyoung

Menerusi luahan Jung kyung-ho itu, ternyata mereka berdua masih mempunyai hubungan yang utuh hingga kini,

Saya seronok berada dalam hubungan terbuka dan mendapat sokongan. Sekian lama menjalinkan hubungan, agak positif kerana kami boleh ke mana-mana dengan selesa. Saya rasa saya boleh keluar dan melancong dengan senang kini.

Dalam pada itu, Jung Kyung-ho mendedahkan bahawa dia dan Choi Soo-young jarang berbual mengenai hal kerja dan lakonan kerana menghormati satu sama lain.

Cepatlah kahwin!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...