Ikuti Kami:

“Tolong Jangan Karam” – Ramai Berpisah Kini, Peminat Mohon 3 Pasangan Ini Akan Kekal Bersama

“Tolong Jangan Karam” – Ramai Berpisah Kini, Peminat Mohon 3 Pasangan Ini Akan Kekal Bersama

Semakin hari, semakin banyak pengumuman tentang pasangan selebriti yang telah pun menamatkan hubungan mereka.

Dalam beberapa bulan ini, 2 pasangan selebriti popular iaitu Ji-soo BP dan Ahn Bo-hyun, serta Hye-ri dan Ryu Jun-yeol telah mengumumkan bahawa mereka sudah pun berpisah.

Dengan ini, peminat berharap agar pasangan yang disayangi ramai iaitu Jung Kyung-ho dan Soo-young akan terus kekal bersama hingga ke jinjang pelamin. Meskipun jarang menyebut soal satu sama lain namun, mereka sering dilihat meluangkan waktu bersama seperti di konsert, luar negara dan pelbagai lagi.

Begitu juga dengan Kim Woo-bin dan Shin Min-ah, yang sudah 8 tahun bercinta. Tambahan pula sebelum ini, wanita itu dipercayai telah setia menjaga Kim Woo-bin ketika lelaki itu didiagnosis dengan kanser nasofaring.

sooyoung jung kyungho shin minah kim woobin

Bukan itu sahaja, nama Lee Kwang-soo dan Lee Sun-bin juga turut disebut peminat di ruangan komen, berharap agar cinta antara mereka juga akan terus kuat.

Meninjau di ruangan komen, peminat menulis,

Kalau mereka putus, saya dah tak akan percaya cinta!!

 

Semoga mereka semua sampai ke jinjang pelamin.

 

Tolong jangan ada kapal yang karam lagi 😔

 

Hanya mereka harapan saya sekarang.

Semoga mereka terus berbahagia bersama hingga ke hari tua!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...