Ikuti Kami:

“Langsung Tak Dapat Mesej” – Tiada Jodoh, Netizen Teka Sebab Hyeri & Ryu Junyeol Berpisah

“Langsung Tak Dapat Mesej” – Tiada Jodoh, Netizen Teka Sebab Hyeri & Ryu Junyeol Berpisah

Pasti ramai yang masih kecewa mendengar berita perpisahan antara pasangan Ryu Jun-yeol dan Hyeri.

Berikutan pengumuman mereka telah berpisah, ada yang mengimbas kembali temu bual kedua pelakon itu pada masa lalu, seolah-olah memberi petunjuk bahawa hubungan mereka dalam keadaan goyah.

Pada Disember 2021, Ryu Jun-yeol telah muncul dalam video temu bual bersama majalah GQ Korea, di mana ada seorang peminat meminta nasihat tentang percintaan darinya. Lelaki itu berkata,

Jika awak ingin mengekalkan hubungan romantik, awak akan terpaksa menyerah sesuatu pada akhirnya. Ada pasangan yang memang teman sejiwa tetapi tidak mungkin wujud pasangan yang sepadan dengan sempurna. Kerana pada akhirnya, saya adalah saya dan orang itu adalah dirinya sendiri.

Selepas video tersebut dikeluarkan pada ketika itu, respon pelakon berusia 37 tahun itu telah mendapat perhatian ramai dan kini, ada yang menebak bahawa salah satu punca mereka berpisah adalah kerana tidak sepadan.

ryu junyeol hyeri

Kemudian pada Jun lalu, ahli program “HMLYCP” iaitu Leejung, Mi-yeon (G)I-DLE, Choi Ye-na, Chae-won LE SSERAFIM, Patricia dan Hyeri sendiri, telah mendedahkan bilangan mesej Kakaotalk yang masih belum mereka baca.

Selepas semua ahli berkongsi bahawa mereka masih ada ratusan mesej yang masih belum dibaca, Hyeri dengan sangat terkejut memberi respon,

Kadang-kadang saya langsung tidak mendapat mesej sepanjang hari.

Memandangkan pada waktu itu Hyeri masih lagi bercinta dengan Ryu Jun-yeol, ada yang membuat spekulasi bahawa mereka sudah mula rasa berjauhan antara satu sama lain.

ryu junyeol hyeri

Semoga mereka berdua dapat jumpa orang yang lebih baik..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...