Ikuti Kami:

“Tolong Jangan..” – BTS Minta Peminat Jangan Lakukan Hal Ini Ketika Mereka Di Tentera

“Tolong Jangan..” – BTS Minta Peminat Jangan Lakukan Hal Ini Ketika Mereka Di Tentera

Tidak lama lagi RM, Ji-min, V dan Jung-kook bakal melunaskan tanggungjawab mereka sebagai rakyat Korea.

Umum mengetahui bahawa ARMY sangat menyayangi ahli-ahli BTS dan sanggup melakukan apa sahaja. Disebabkan itu, semasa ahli BTS membuat siaran langsung di Weverse, mereka mempunyai satu permintaan terakhir untuk peminat sebelum mula mendaftar khidmat ketenteraan. Pinta RM,

Tolong jangan datang ke tempat kami mendaftar. Tolong hormat privasi kami dan rakan tentera yang lain.

Selepas meminta peminat berjanji untuk menghormati kehendak mereka, RM dan V melutut untuk merayu orang ramai supaya tidak melawat mereka. Hal ini menunjukkan betapa serius permintaan itu untuk privasi dan menghormati diri mereka serta rakan rekrut yang lain.

Untuk pengetahuan, Ji-min dan Jung-kook akan menyertai latihan ketenteraan di tempat yang sama manakala, V dan RM akan berada di tempat berbeza.

Selamat berkhidmat!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...