Ikuti Kami:

“Saya Akan Sentiasa..” – Sehun EXO Beri Petanda Bakal Jalani Latihan Ketenteraan Tidak Lama Lagi?

“Saya Akan Sentiasa..” – Sehun EXO Beri Petanda Bakal Jalani Latihan Ketenteraan Tidak Lama Lagi?

Alaa…..

Baru-baru ini, majalah terkenal di Cina iaitu SENSE telah mengeluarkan video di sebalik tabir sesi penggambaran mereka bersama dengan Se-hun EXO.

Di mana di dalam video tersebut, terdapat mesej tulisan tangan Se-hun yang mengatakan,

Saya akan sentiasa berada di sisi awak.

Selain itu, video tersebut turut memaparkan mesej khas dari Se-hun dalam bahasa Cina.

Dia berkata,

Mungkin selepas ini kita akan berjumpa lagi 2 tahun kemudian. Walaupun begitu, ayuh kita berjanji untuk menunggu ‘salji pertama’ kita sendiri.

Dalam masa yang sama, tahun 2023 merupakan tahun di mana lelaki Korea yang lahir pada tahun 1994 perlu menyertai latihan ketenteraan.

Disebabkan itu, peminat menjangkakan bahawa mesej Se-hun tersebut seakan-akan memberi petanda bahawa dirinya juga bakal pergi menunaikan tanggungjawabnya untuk menjalani latihan ketenteraan tidak lama lagi.

Buat masa ini, peminat telah memberi kata-kata semangat dan berjanji bahawa mereka akan menunggunya sehingga latihan itu tamat.

Walaubagaimanapun, syarikat EXO iaitu SM Entertainment masih lagi belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai perkara tersebut.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...