Ikuti Kami:

“Tolong Hormat Dia” – Peminat Berang Foto Rosé BP Disunting Jadi Pelacur Dalam Drama Cina

“Tolong Hormat Dia” – Peminat Berang Foto Rosé BP Disunting Jadi Pelacur Dalam Drama Cina

Tidak semena-mena, nama Rosé BLACKPINK telah dikaitkan dengan perkara yang tidak elok..

Terbaru, sebuah drama Cina “Justice in the Dark” telah terpalit kontroversi dek menggunakan gambar Rosé sebagai salah seorang pelacur dalam satu babak yang dipaparkan.

Khususnya, ada satu adegan yang menunjukkan seorang watak sedang melihat foto-foto pelacur di web gelap dan foto Rosé telah disunting sebagai salah seorang pelacur, membuatkan peminat berang.

Oleh itu, netizen terus menyatakan kemarahan mereka terhadap pasukan produksi “Justice in the Dark” dan percaya bahawa mereka bukan sahaja tidak menghormati Rosé malahan, turut menggunakan imej idola itu secara haram.

Tidak lama kemudian, pasukan seni untuk drama berkenaan terus mengeluarkan permohonan maaf, menyatakan bahawa mereka tidak sengaja menggunakan gambar penyanyi popular itu dan adegan tersebut sudah segera dipadamkan.

Bagaimanapun, peminat tetap berharap agar YG Entertainment akan mengambil langkah tegas, bagi mengelakkan perkara seperti ini daripada berulang.

Hmm..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...