Kurang dari sebulan, BLACKPINK akan menemui peminat di Malaysia tak lama lagi!
Dengan kehadiran BLACKPINK ke Malaysia untuk konsert jelajah dunia mereka pada 4 Mac ini, banyak jenama telah melancarkan item yang membawa konsep warna hitam dan merah jambu.
Terbaru, Pizza Hut telah melancarkan pizza edisi terhad versi BLACKPINK yang diberi nama ‘Black Pizza Heart’, dijual dari harga RM41.90.
https://twitter.com/myofficialblink/status/1627525869496582145?s=20
Menerusi hantaran yang dikongsi, ini bukanlah kerjasama rasmi antara Pizza Hut dan BLACKPINK namun, peminat tetap seronok kerana pizza tersebut hadir dalam bentuk ‘love’ dengan kerak roti bewarna hitam, berserta kotak merah jambu dan ‘box sleeve’ khas.
Tambahan, ‘Black Pizza Heart’ hanya boleh didapati di 20 kedai terpilih seperti yang tertera diatas sehingga 5 Mac ini.
Cepat serbu Pizza Hut sekarang!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉