BLINK di Malaysia pastinya amat menantikan bulan Mac ini, kan?
Bagi yang belum tahu, BLACKPINK akan mengadakan konsert jelajah dunia mereka “BORN PINK” di Stadium Malawati, Kuala Lumpur pada 4 Mac ini.
Terbaru pada 14 Februari, salah seorang ahli kumpulan itu iaitu Ji-soo, telah berborak bersama peminat dengan membalas beberapa mesej di laman Weverse.
https://twitter.com/BBU_BLACKPINK/status/1625424252802588672?s=20&t=aEEAclE_xaXhA9wT2LHlbQ
Khususnya, ada peminat yang menulis,
Saya dah beli tiket konsert di Kuala Lumpur!!
Teruja untuk bertemu dengan peminat di Malaysia, Ji-soo memberi respon,
Kita akan berjumpa pada bulan Mac nanti ❤️
Haa korang dah beli tiket belum?
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉