Ikuti Kami:

“Tolong Berhenti” – Diganggu Peminat Obses Selama 20 Tahun, Kim Jaejoong Luah Tertekan Diekori ‘Teksi Sasaeng’

“Tolong Berhenti” – Diganggu Peminat Obses Selama 20 Tahun, Kim Jaejoong Luah Tertekan Diekori ‘Teksi Sasaeng’

Penyanyi Kim Jae-joong meluahkan tekanan yang dihadapinya disebabkan oleh fenomena ‘teksi sasaeng’.

Pada 22 Januari, Kim Jae-joong telah membuat hantaran satu video dengan kapsyen,

Teksi ‘sasaeng’ sedang menunggu di setiap bahagian.

Di mana, video itu menunjukkan beberapa teksi ‘sasaeng’ yang mengikuti keretanya ke mana sahaja.

Untuk pengetahuan, teksi sasaeng merupakan kenderaan yang dibayar oleh peminat fanatik yang obses ataupun ‘sasaeng’, untuk mengikuti selebriti idaman mereka selama sehari.

Kelakuan ini telah menyebabkan penyanyi tersebut berasa tertekan dan meluahkan kesakitan yang ditanggungnya akibat gangguan sasaeng itu selama 20 tahun.

Katanya,

Saya masih lagi ingat ayat menyeramkan yang saya pernah dapat dulu iaitu ‘jika Jae-joong berkahwin, saya akan pergi ke majlisnya’. 20 tahun dah berlalu, jadi saya nak minta awak semua untuk berhenti mengikuti saya. Semoga pengendali teksi ‘sasaeng’ ini akan dipenjarakan.

jaejoong sasaeng teksi

Tambahnya,

Untuk peminat di luar sana, saya harap rakan artis saya yang lebih muda tidak melalui perkara yang sama seperti yang saya lalui.

Tak faham betul kan dekat manusia yang tak hormat privasi artis ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...