Ikuti Kami:

“Mereka Menyewa Depan Rumah Saya” – Jaejoong JYJ Kongsi Pengalaman Seram Dengan ‘Sasaeng’

“Mereka Menyewa Depan Rumah Saya” – Jaejoong JYJ Kongsi Pengalaman Seram Dengan ‘Sasaeng’

Eh betul ke ni?

Kim Jae-joong yang merupakan ahli kumpulan JYJ sebelum ini pernah menganggotai TVXQ dan mereka juga sangat terkenal di Korea. Malah kumpulan ini juga memiliki peminat fanatik ataupun ‘Sasaeng’ yang paling menyeramkan di dalam sejarah K-Pop. Jae-joong telah menceritakan beberapa pengalamannya berhadapan dengan ‘Sasaeng’ di podcast dalam taliannya.

Dia mengatakan bahawa dia sering mendapat kiriman gambar ruang tamu rumahnya termasuk dapur dan bilik tidur. Serta yang paling menyeramkannya ialah dia ada di dalam semua gambar tersebut.

Katanya,

Saya tak tahu macam mana mereka dapat gambar tersebut. Tapi kemudian saya dapat tahu bahawa mereka curi-curi masuk ketika saya berada di dalam rumah. Mereka tangkap gambar dan terus keluar. Saya juga tak tahu macam mana mereka dapat nombor telefon saya dan sebab saya takut saya pun tukar semua kunci rumah saya.

Malah dia juga menyatakan bahawa selepas dia pindah duduk bersendirian, dia menyedari bahawa ‘Sasaeng’ tersebut menyewa di hadapan rumahnya.

jaejoong sasaeng

Adunya,

Saya pindah ke satu rumah ni sebab pemandangan dia lawa. Tapi peminat-peminat tersebut pun beli atau sewa unit dekat depan unit saya. Setiap kali saya keluar ke beranda mereka akan memerhatikan saya dan melihat segala pergerakan saya.

Tambahnya,

Loceng rumah saya juga sering berbunyi lagi-lagi pada waktu subuh. Tapi bila saya periksa tiada siapa yang berada di hadapan rumah saya. Beberapa minit lepas tu dia berbunyi lagi, jadi saya terus buka pintu tapi pintu tu susah nak buka. Rupanya peminat tersebut sedang duduk di hadapan pintu sambil tersenyum.

jaejoong

Dia juga mengatakan bahawa kejadian itu membuatkannya terus memindah rumah. Malah dia juga terus menghubungi serta membuat laporan polis namun laporang itu dipandang remeh.

Ahli JYJ itu berkata,

Saya buat laporan polis. Tapi polis tu bersikap remeh dan cakap itu peminatnya jadi benarkan saja mereka nak buat apa pun.

Seramkan? Kalau jadi dekat korang kan apa yang korang akan lakukan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...