Ikuti Kami:

‘Today’s Webtoon’ Diterajui Kim Sejeong & Nam Yoonsu Sah Akan Tayang Julai Ini

‘Today’s Webtoon’ Diterajui Kim Sejeong & Nam Yoonsu Sah Akan Tayang Julai Ini

Siap sedia semua untuk tonton drama “Today’s Webtoon” pada Julai ini!

Bagi yang belum tahu, “Today’s Webtoon” ialah adaptasi dari drama Jepun “Sleepeeer Hit!”, yang akan dibintangi oleh Kim Se-jeong, Nam Yoon-su, Choi Daniel dan ramai lagi. Ianya mengisahkan tentang seorang atlet judo wanita yang mengalami kesukaran untuk menjadi penyunting webtoon selepas memulakan kerja di sebuah jabatan suntingan webtoon, yang akan menggambarkan sifat kompetitif bidang di Korea Selatan.

Kim Se-jeong akan membawa watak sebagai pekerja kontrak baru On Ma-eum, yang memasuki jabatan suntingan webtoon selepas menewaskan semua kemungkinan. Nam Yoon-su akan memegang watak utama lelaki sebagai Koo Jun-yeong, yang meletakkan hati dan keikhlasannya dalam segala-galanya. Manakala Choi Daniel akan berperan sebagai Seok Ji-hyung, timbalan penyunting di jabatan suntingan webtoon.

sbs today's webtoon

Menurut pihak produksi drama ini,

Sebagai drama yang menyampaikan mesej simpati dan keselesaan kepada anak muda yang berada di persimpangan antara impian dan realiti, dan memberi semangat buat pekerja pejabat untuk melakukan yang terbaik di jawatan masing-masing, drama ini akan muncul di skrin kecil pada 29 Julai.

Jangan lupa nantikan “Today’s Webtoon” pada 29 Julai ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...