Kim Se-jeong akan menemui penonton dengan penampilan baharunya dalam “Today’s Webtoon”!
Selepas “A Business Proposal” tamat dengan jayanya, Kim Se-jeong kini sedang sibuk menjalani penggambaran untuk dramanya yang seterusnya “Today’s Webtoon”, bergandingan bersama dengan Nam Yoon-su.
Baru-baru ini, foto Kim Se-jeong yang sedang menjalani penggambaran drama barunya itu telah tersebar di media sosial, menambah keterujaan peminat untuk menyaksikan pelakon dan penyanyi itu dalam projeknya yang seterusnya. Tambahan, Kim Se-jeong juga telah tampil dengan gaya rambut pendeknya yang baharu bagi membawa watak sebagai On Ma-eum.
Untuk pengetahuan, “Today’s Webtoon” ialah adaptasi dari drama Jepun “Sleepeeer Hit!” yang mengisahkan tentang seorang atlet judo wanita On Ma-eum (Kim Se-jeong), yang mengalami kesukaran untuk menjadi penyunting webtoon selepas memulakan kerja di sebuah jabatan suntingan webtoon. Ia akan menggambarkan sifat kompetitif bidang di Korea Selatan.
Nantikan “Today’s Webtoon” yang telah dijadualkan untuk tayangan pada separuh kedua tahun ini!