Nampaknya, kita akan dapat lihat gandingan antara Kim Se-jeong dan Nam Yoon-su tak lama lagi!
Melalui kenyataan akhbar rasmi pada 29 Mac, agensi bagi Nam Yoon-su Agency Garten mengumumkan bahawa pelakon tersebut telah mengesahkan penampilannya dalam drama adaptasi jepun “Today’s Webtoon”.
“Today’s Webtoon” mengisahkan tentang seorang atlet judo wanita yang mengalami kesukaran untuk menjadi penyunting webtoon selepas memulakan kerja di sebuah jabatan suntingan webtoon, yang akan menggambarkan sifat kompetitif bidang di Korea Selatan. Untuk pengetahuan, siri ini adalah adaptasi dari drama Jepun, “Sleepeeer Hit!”.
Sementara itu, Nam Yoon-su akan memegang watak utama lelaki sebagai Koo Jun-yeong, yang meletakkan hati dan keikhlasannya dalam segala-galanya. Sebelum ini, Na In-woo telah dilamar untuk peranan itu, tetapi menurut laporan, dia tidak dapat menerimanya kerana konflik penjadualan.
Nantikan keluaran “Today’s Webtoon” yang telah dijadualkan untuk tayangan pada separuh kedua tahun ini.
Tak sabarnya nak tengok gandingan mereka berdua!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.