Ikuti Kami:

Atlet Judo Jadi Penyunting Webtoon, Kim Sejeong Sah Terajui Drama Adaptasi Jepun ‘Today’s Webtoon’

Atlet Judo Jadi Penyunting Webtoon, Kim Sejeong Sah Terajui Drama Adaptasi Jepun ‘Today’s Webtoon’

Baru selesai menjalani penggambaran “A Business Proposal”, Kim Se-jeong nampaknya sudah memilih projek lakonannya yang seterusnya!

Pada 25 Mac, Kim Se-jeong telah disahkan akan membawa watak utama dalam drama SBS akan datang “Today’s Webtoon”.

“Today’s Webtoon” mengisahkan tentang seorang atlet judo wanita yang mengalami kesukaran untuk menjadi penyunting webtoon selepas memulakan kerja di sebuah jabatan suntingan webtoon, yang akan menggambarkan sifat kompetitif bidang di Korea Selatan. Untuk pengetahuan, siri ini adalah adaptasi dari drama Jepun, “Sleepeeer Hit!”.

Kim Se-jeong akan membawa watak sebagai pekerja kontrak baru On Ma-eum, yang memasuki jabatan suntingan webtoon selepas menewaskan semua kemungkinan. On Ma-eum terpaksa berhenti daripada kerjaya sukannya apabila kemalangan malang yang berlaku yang menyebabkan ligamen buku lalinya terkoyak. Selepas secara kebetulan menghantar makanan ke jabatan editorial webtoon, dia mempunyai mimpi baharu. Kim Se-jeong secara realistik akan menggambarkan semangat juang seorang pekerja baru yang mengambil langkah pertama dalam kerjayanya.

Dalam pada itu, Na In-woo ada menerima tawaran untuk membintangi “Todays’ Webtoon” sebagai watak utama lelaki, tetapi ianya masih dalam perbincangan.

kim sejeong today's webtoon

Sementara itu, Kim Se-jeong kini sedang memikat penonton menerusi drama popular SBS “A Business Proposal” sebagai Shin Ha-ri. Drama itu baru-baru ini telah mencatatkan rating terbaik sepanjang tayangan iaitu 10.8%, melepasi rating 10% buat kali kedua.

Nantikan “Today’s Webtoon” yang telah dijadualkan untuk tayangan pada separuh kedua tahun ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...