Adakah Na In-woo akan menjadi teraju utama untuk sebuah drama baru nanti?
Menurut laporan, pelakon itu ada menerima tawaran untuk membintangi drama “Today’s Webtoon”.
Respon agensinya,
Kami ada menerima tawaran untun ‘Today’s Webtoon’ dan sedang menelitinya.
Drama ini mengisahkan seorang atlet judo wanita yang mengalami kesukaran untuk menjadi editor webtoon selepas memulakan kerja di sebuah jabatan suntingan webtoon. Ia berdasarkan drama Jepun, “Sleepeeer Hit!”.
Na In-woo dilamar membawa watak teraju utama lelaki yang melihat dan menyokong teraju utama wanita dalam menjalani cabaran tugas berkenaan.
Dalam pada itu, Kim Se-jeong ada menerima tawaran untuk membintangi “Todays’ Webtoon” sebelum ini.
Okay juga gandingan mereka kan?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.