Menjadi lumrah buat pelakon K-Drama apabila ada antara naskhah yang dilakonkan mereka tidak mencapai jangkaan ramai.
Terbaru, Kim Ok-vin telah menjalani temubual istimewa bersama media bagi menyambut pengakhiran musim kedua “Arthdal Chronicles”.
Antara soalan ditanya ialah mengenai julat rating yang agak mengecewakan sepanjang tayangan iaitu 2% ke 3% sahaja meskipun musim pertama siri fantasi itu mencapai rekod yang lebih membanggakan.
Jawabnya,
Tipulah kalau saya tak kecewa namun saya sudah menjangkakan hal itu. Ianya merupakan satu naskhah yang mencabar tapi saya harap semua orang menyayangi musim pertama akan menyukai musim kedua juga.
Dalam pada itu, Kim Ok-vin sempat memberikan komen mengenai musim ketiga siri itu,
Saya menerima banyak mesej terus (DM) bertanya jika musim ketiga akan keluar. Rupanya ramai yang ingin tahu mengenai kesinambungan cerita juga. Saya bersyukur.
Mungkin banyak persaingan drama kini..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.