Sebenarnya sesebuah K-Drama agak sukar nak saingi dan tandingi kejayaan musim pertamanya kan?
Sama seperti “Arthdal Chronicles” yang kembali dengan musim keduanya iaitu “Arthdal Chronicles: The Sword Of Aramun”. Walaupun rata-rata pelakon seperti Jang Dong-gun dan Kim Ok-vin kembali untuk sambungan ini namun teraju utamanya iaitu Song Joong-ki dan Kim Ji-won telah ditukar kepada Lee Jun-ki dan Shin Se-kyung.
Untuk musim kedua ini, mereka melompat ke masa depan iaitu 8 tahun kemudian di mana Ta Gon dan Eunseom bersedia untuk peperangan untuk membuka dinasti baru lantas bersambungnya peperangan politik disebalik pertumpahan darah dan ketamakan. Persoalannya, siapakah yang menjadi pemimpin terbaru tanah Arthdal?
Meraih rating tinggi untuk musim pertama dengan catatan 7.7%, episod perdana “The Sword Of Aramun” hanya meraih rating 4.6% di mana ianya lebih rendah berbanding catatan terburuk musim sebelumnya iaitu 4.8%.
Pun begitu, ramai yang memuji lakonan Lee Jun-ki dan Shin Se-kyung yang setanding dengan Song Joong-ki dan Kim Ji-won. Malah mereka tidak kelihatan kekok meskipun pertama kali berlakon dalam drama fantasi sebegitu.
Apa kata korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.