Ikuti Kami:

“Saya Terbeban..” – Ganti Song Joongki Dalam ‘Arthdal Chronicles’, Lee Junki Luah Perasaan

“Saya Terbeban..” – Ganti Song Joongki Dalam ‘Arthdal Chronicles’, Lee Junki Luah Perasaan

Setiap pelakon mesti terbeban apabila dibandingkan dengan rakan pelakon lain kan?

Dalam sidang media musim kedua “Arthdal Chronicles”, Lee Jun-ki telah berkongsi perasaan apabila dipilih untuk menerajui drama ini yang ditulis Kim Young-hun dan Park Sang-yeon. Walaupun gembira namun dia berasa terbeban dan takut selepas membaca skrip kerana risau tidak dapat menghadam watak Eunseom,

Saya tak dapat tidur nyenyak hingga kami selesai merakam hingga episod ke-10. Saya berasa tertekan hingga merasakan yang saya perlu ketepikan hidup dahulu dan datang sahaja ke set.

lee junki

Bagi yang tidak mengetahui, Lee Jun-ki akan membawa watak Eunseom yang dibawa oleh Song Joong-ki pada musim pertamanya manakala watak Kim Ji-won iaitu Tanya juga digantikan oleh Shin Se-kyung. Luahnya mengenai hal itu,

Saya mahu meneroka hubungan antara watak, ketegangan dramatik drama itu termasuklah emosi yang pelbagai Eunseom. Saya sangat gembira dapat menjadi sebahagian drama bersejarah ini dan berlakon dalam latar belakang hebat ini.

Bakal menayangkan episod pertama pada 9 Jun ini, kisah mistikal Arthdal ini menceritakan kesaktian dan kejadian yang berlaku di tanah Arth.

Jangan lupa saksikan nanti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...