Ikuti Kami:

“Saya Nak Marah..” – Usia Cecah 42 Tahun, Lee Junki Dedah Sebab Tak Boleh Berkahwin

“Saya Nak Marah..” – Usia Cecah 42 Tahun, Lee Junki Dedah Sebab Tak Boleh Berkahwin

Meskipun jarang bercerita, namun Lee Jun-ki sebenarnya mempunyai yang sangat rapat dengan adik perempuannya.

Dalam episod terbaru “You Quiz The Block”, lelaki itu telah hadir sebagai tetamu dan berkongsi lebih mengenai karier dan kehidupan peribadinya. Antara yang menarik perhatian ramai ialah hubungan rapat Lee Jun-ki dan adik perempuannya di mana mereka sudah pun tinggal bersama sejak tahun 2013.

Ulasnya,

Sesiapa yang kenal kami pastinya akan berkata ‘Sebab korang tak boleh berkahwin adalah kerana masing-masing melekat bersama.’ Sebab kami terlalu sayang satu sama lain dan kami fahami satu sama lain.

lee junki

Katanya, dia sangat berterima kasih kerana berkat jagaan adiknya menyediakan makanan dan menjaga rumah, dia mampu untuk fokus terhadap kerjaya. Bahkan Lee Jun-ki mendedahkan bahawa mereka berdua juga sama-sama aktif di dalam jujitsu dan sering menyertai pertandingan seni mempertahankan diri itu bersama.

Apabila ditanya perasaannya apabila adiknya berkahwin nanti.

Saya akan benar-benar marah. Jikalau dia bukan orang yang yang baik, saya sanggup berhenti kerja sebentar untuk menguruskan hal itu. Dia ialah ahli keluarga yang paling saya sayangi.

Cemburunya tengok hubungan dorang..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...