Menjaga kecantikan serta kesihatan kulit muka adalah sangat senang jika seseorang itu konsisten merawatnya.
Perkongsian KimchiDaily pada kali ini adalah berkaitan dengan petua ‘pelik’ yang diamalkan oleh orang Korea untuk menjaga kecantikan diri.
Susu tamat tempoh
Jangan buang kalau dekat rumah korang ada susu segar yang sudah tamat tempoh. Orang Korea kebiasaannya akan menjadikannya sebagai pencuci muka dan sabun badan. Ini adalah salah satu petua rahsia orang Korea yang berkesan untuk memiliki kulit lembut sehalus sutera.
Telur
Telur bukan sahaja memberi keperluan protein pada badan manusia malah, ianya membantu untuk melancarkan darah tersumbat. Tetapi, cara orang Korea mengaplikasikannya agak unik. Mereka akan menggunakan telur yang direbus dan gosokkan kulit telur pada permukaan kulit yang lebam selama satu minit. Hal ini kerana, ia mengatakan terdapat vitamin dan protein yang akan masuk ke dalam kulit, serta haba dari telur dapat membuka liang kulit.
Pes kacang soya
Selain memasak stu pes kacang soya, korang juga boleh lumurkan pes kacang soya pada luka-luka kecil. Orang Korea pada zaman dahulu sangat percaya dengan cara ini ia dapat membasmi kuman yang ada pada luka. Kalau dilihat pada khasiat kacang soya itu sendiri, ia memang mempunyai banyak khasiat dan salah satu daripadanya ialah membantu merawat untuk merawat kulit.
Gantung tuala lembap dalam bilik
Mengikut orang Korea, mereka sangat percaya jika menggantung tuala lembap di dalam bilik ia akan memberi kesan pelembapan pada kulit muka. Bunyi macam tidak masuk akal kan? Menurut mereka lagi, wap air pada tuala tersebut akan mengekalkan kulit seseorang itu kekal lembap dan terhidrat sepanjang malam. Dalam pada itu, ntuk mendapatkan kesan maksimum, korang boleh letakkan beberapa titik minyak pati kegemaran pada tuala lembap itu.
Jamsu
Ini mungkin yang paling popular antara semua petua, iaitu kaedah merendam muka di dalam air sejuk bersama ais. Kaedah ini dipanggil jamsu oleh orang di mana, mereka mencadangkan orang ramai untuk memakai primer, bedak asas dan concealer sebelum merendam muka dalam air sejuk itu. Melalui kaedah ini, korang akan mendapat kesan akhir make up yang tidak comot.
Tambahan, korang perlu pastikan untuk memakai bedak asas sehingga muka menjadi putih melepak sebelum merendam muka selama sekurang-kurangnya 30 minit. Selepas itu, keringkan muka dan selesaikan sambung memakai alat solek yang lain. Ini akan menjadikan wajah korang kelihatan seperti matte sepanjang hari.
Kalau nak tahu berkesan ke tidak, korang cubalah!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.