Ikuti Kami:

Nampak Muda Walau Umur Hampir 40, Ikuti Rahsia Kecantikan Sandara Park Ini

Nampak Muda Walau Umur Hampir 40, Ikuti Rahsia Kecantikan Sandara Park Ini

Korang tahu tak bahawa Sandara Park sudah berusia hampir 40 tahun? Ya, pada 12 November 2023, artis cantik jelita ini bakal mencecah umur 39 tahun.

Kali ini KimchiDaily nak kongsikan rahsia yang diberi oleh Sandara Park untuk kekalkan kulit muka yang sihat dan sentiasa kelihatan cantik.

Rutin mudah

Sandara Park mengakui langsung tidak melakukan apa-apa rutin berat untuk penjagaan kulitnya, kerana beranggapan lebih baik berserdehana untuk kekalkan kulit yang sihat. Dia berpegang kepada asas sahaja seperti, sekurang-kurangnya satu atau dua produk yang benar-benar bagus tetapi akan memberi perubahan ketara pada kulit muka. Jadi, korang tidak perlu berlebihan membeli pelbagai jenis produk, dan hanya memilih mana yang sesuai sahaja.

Melindungi kulit dengan serum antioksidan

rahsia kecantikan sandara park

Pada siang hari, Sandara Park akan memastikan untuk menggunakan serum yang kaya dengan antioksidan. Di mana, bahan ini boleh membantu melindungi kulitnya daripada sinaran UV yang merbahaya dan akan mengurangkan garisan penuaan. Produk yang dia gunakan adalah daripada Dr. Different, yang mengandungi gabungan kuat vitamin C, E, dan CoQ10.

Memakai krim mata

Sandara berkata dia tidak pernah lupa untuk memakai krim mata. Dia juga berkongsi bahawa dia meminta pengurusnya untuk membeli krim mata apabila sudah habis. Selain itu, pelakon dan penyanyi ini juga akan sentiasa membawa krim mata kemana-mana supaya, dia boleh menggunakannya sepanjang masa.

Tambahan lagi, dia juga berkongsi cara-cara untuk menyapu krim mata. Krim mata perlu disapu perlahan-lahan di sekeliling mata dengan jari manis. Selain itu, perlu juga meletakkannya beberapa titik di sekeliling mulut untuk mendapatkan kesan yang elok di kawasan itu.

Pakai krim retinol

rahsia kecantikan sandara park

Langkah paling berkesan untuk anti-penuaan yang dilakukan oleh bintang Korea itu ialah krim retinol. Sandara Park akan memakainya setiap malam sebelum tidur.

Selepas menggunakan produk ini, saya melihat peningkatan serta perubahan yang bagus pada tekstur kulit saya, jadi saya mewajibkan krim retinol pada setiap malam sebelum saya tidur.

Tambahnya lagi, krim retinol juga boleh membantu merawat kawasan yang mempunyai lebih banyak kedutan, terutamanya pada bahagian bawah mata, garis senyuman dan leher.

Tak sangka umur Sandara Park dah 39 kan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...