Ikuti Kami:

“Tinggi 186cm & Lahir 1997..” – Kazuha LE SSERAFIM Dilapor Sedang Hangat Bercinta Dengan Penyanyi Idola Terkenal

“Tinggi 186cm & Lahir 1997..” – Kazuha LE SSERAFIM Dilapor Sedang Hangat Bercinta Dengan Penyanyi Idola Terkenal

Kazuha dikatakan sedang hangat bercinta dengan seorang penyanyi idola terkenal.

Tular pada 3 April selepas satu media Jepun, Shūkan Bunshun melaporkan bahawa Kazuha LE SSERAFIM sedang menjalani hubungan percintaan dengan seorang penyanyi idola terkenal.

Media tersebut berkata,

Mereka telah dijumpai keluar makan bersama di sebuah restoran mewah di Jepun. Kazuha sedang bercinta dengan seorang penyanyi idola berwajah kacak yang berketinggian 186cm dan berumur 6 tahun lebih tua darinya.

Menurut laporan tersebut, mereka telah mengikuti Kazuha ke sebuah restoran dan mendapati bahawa idola lelaki tersebut turut masuk ke restoran yang sama selang beberapa minit. Malah, mereka turut menyertakan gambar pasangan tersebut.

Selepas gambar itu dimuat naik, rata-rata peminat berasa terkejut setelah mendapati bahawa penyanyi idola yang dikatakan itu ialah K dari kumpulan &TEAM.

&team-K

K merupakan bekas peserta rancangan “I-Land” yang kini merupakan sebahagian daripada ahli kumpulan idola Jepun dibawah naungan HYBE iaitu &TEAM.

Selepas berita itu tular, agensi kedua-dua penyanyi tersebut telah menafikan dakwaan yang mengatakan bahawa mereka sedang bercinta.

Respon HYBE terhadap laporan tersebut,

Memang benar mereka keluar makan bersama tetapi hanya sebagai teman baik.

Apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Shūkan Bunshun

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...