Ikuti Kami:

Dikata Gemuk, Peminat Terhibur Dengan Reaksi Chaewon & Kazuha LE SSERAFIM

Dikata Gemuk, Peminat Terhibur Dengan Reaksi Chaewon & Kazuha LE SSERAFIM

Siapa yang cakap mereka gemuk tu?

Baru-baru ini, Chae-won dan Kazuha dari kumpulan LE SSERAFIM telah melakukan siaran langsung di Weverse di mana mereka sedang menikmati makanan di dalam satu bilik. Dalam masa yang sama, mereka juga telah mendapat beberapa komen buruk. Tetapi, cara mereka membalas semula komen tersebut telah menghiburkan hati peminat.

Mereka sedang sibuk menikmati makanan di dalam siaran langsung tersebut sebelum Kazuha ternampak satu komen yang berkaitan dengan berat badan. Selepas itu, Kazuha telah membuat keputusan untuk membacakan komen itu secara kuat dan ianya terus didengari oleh Chae-won.

le sserafim

Chae-won yang sedang terkejut itu berkata,

Saya tidak kisah jika berat badan saya naik kerana saya akan jadi seekor khinzir yang bahagia.

Kazuha yang sedang duduk dihadapannya terus bersetuju sebelum membalas,

Semua! Moto baharu kumpulan kami ialah untuk menjadi khinzir yang bahagia! Jadi kami lagi rela makan dengan bahagia daripada merisaukan tentang berat badan.

Selepas itu, Chae-won menyambung,

Kebahagiaan ada yang terbaik..jadi adakah awak nak mati?

Sebelum berkata lagi,

Semua! saya harap anda semua sentiasa sihat dan bahagia!

le sserafim

Mereka juga meninggalkan nasihat buat peminat mereka,

Kurangkan makan bukanlah penyelesaian. Sebalikya, awak semua kena banyak bergerak untuk menjadi sihat.

Kazuha menambah,

Awak perlu makan dengan baik dan memperbanyakkan gerakan dalam rutin harian ialah cara terbaik untuk menjaga kesihatan badan kalian.

Rata-rata peminat memuji cara pemikiran ahli LE SSERAFIM tersebut malah peminat juga berterima kasih kepada mereka kerana mempromosikan tabiat pemakanan yang lebih sihat kepada orang ramai.

Korang yang tengah nak turunkan berat tu boleh cuba tips yang LE SSERAFIM bagi ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...