Selain mempunyai bakat dalam nyanyian dan tarian, setiap idola juga harus menjaga penampilan fizikal mereka.
Baru-baru ini, Chae-won LE SSERAFIM telah terlibat dengan penggambaran dan temu bual bersama majalah W Korea, di mana idola itu ada berkongsi bagaimana dia menjaga bentuk badannya di tengah jadual yang padat.
Khususnya, Chae-won berkongsi bahawa dia memberi fokus kepada senaman berat badan untuk mengelakkan kecederaan. Ia juga sesuai untuk orang yang tidak mempunyai peralatan untuk bersenam.
Kemudian, penyanyi itu mendedahkan rutin senaman kegemarannya,
Senaman yang paling kerap saya lakukan dan paling suka ialah plank dan side plank. Saya juga melakukan burpees.
Sambungnya lagi,
Ketika saya rasa saya makan terlalu banyak, saya akan membakar kalori tambahan dengan melakukan lebih 100 burpees.
Haa kalau korang nak badan cantik macam Chae-won, boleh la ikut rutin ni!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.