Ikuti Kami:

“Saya Makan Sambil..” – Taecyeon Dedah Berat Pernah Cecah 100KG Ketika Di Khidmat Tentera

“Saya Makan Sambil..” – Taecyeon Dedah Berat Pernah Cecah 100KG Ketika Di Khidmat Tentera

Baru-baru ini, Taec-yeon telah membuat satu pendedahan mengejut mengenai berat badannya.

Pada 11 Julai, Taec-yeon telah muncul dalam saluran YouTube GQ Korea, di mana penyanyi dan pelakon itu ada menjawab beberapa soalan mengenai dirinya.

Khususnya dalam video itu, ahli 2PM tersebut menjawab mengenai dakwaan yang menyatakan bahawa berat badannya pernah mencecah 100KG ketika sedang berkhidmat dalam ketenteraan. Dia berkata,

Semasa saya sedang berkhidmat, saya tak menguruskan cara pemakanan saya dengan baik.

Jelasnya lagi sambil mendedahkan berat badannya kini,

Saya makan sambil bersenam, jadi badan saya menjadi sangat berat. Sebab sekarang ini saya perlu kelihatan langsing di kaca televisyen , jadi saya tak seperti itu. Bukan 100KG tapi 80KG kini.

Paling penting, Taec-yeon sentiasa sihat!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...